✿ Little StOry ✿

❀ Tips Menulis Entry Dengan Betul ❀
19 March 2012 ? 0 Penyelamat BlOgger ?
ok jom kita tengok tips-tips berikut :


  • Pastikan entry korang mempunyai pendahuluan yang "best!" seperti menulis benda2 yang dapat menarik pembaca untuk meneruskan membaca entry yang anda post sampai xnk keluar dari belog anda.
  • Kurangkan post entry tentang kisah cinta anda,ia boleh menyebabkan pembaca rasa nak hempas monitor ke lantai.
  • Hindarkan dari menggunakan font "BeSaR kEcIk BeSaR KeCiK",pembaca kemungkinan akan mendapat penyakit rabun setelah membaca belog anda.
  • Pastikan warna font anda tidak terlalu terang,carik warne yang sesuai dengan warne background belog anda,pastikan ianya matching.sebagai contoh background belog anda berwarne putih dan warna font yang paling sesuai ialah hitam atau warne gelap,cube anda bayangkan jika anda menggunakan warne kuning sebagai colour font anda,pembaca kemungkinan mengalami cancer mata.
  • Elakkkan mengguna "short form" kerana kemungkinan ejaan yang anda tulis tidak dapat difahami oleh pembaca belog anda,ini akan menyebabkan pembaca berasa fed up untuk mengeja apa yang anda tulis dan terus menekan pangkah menandakan belog anda tidak akan dibaca lagi.
  • Jangan menulis entry yang penuh dengan maki hamun,mengutuk & so whatever,maksud saya melepaskan geram di belog anda.pembaca akan merasa anda ini "macam bagus sangat sahaja".sesetengah pembaca yang rapat dengan anda mungkin dapat menerima dan faham ape yang anda geramkan,tetapi tidak bagi stranger.
  • Bagi menarik lebih ramai follower untuk meng-follow belog anda,galakkan mengepost entry yang berkenaan dengan fakta-fakta yang benar dan menarik dan sesuai untuk tontonan/bacaan umum seperti tips2 yang boleh dimanfaatkan oleh si pembaca seperti entry ini.cube anda bayangkan jika anda menulis tentang benda yang pembaca tidak tahu hujung pangkal cerita ataupun tentang bende yang merepek meraban,like they care?
  • Pastikan setiap entry anda disertakan dengan "gambar" satu gambar sudah memadai,ini dapat memeriahkan lagi belog anda dan entry yang anda post tidak la nampak terlalu bosan.DAN elakkan post gambar "camwhore" anda.carik lah gambar2 yang menarik dan mempunyai maksud yang mendalam di dalam gambar tersebut,seperti gambar diatas.
  • JANGAN letak lagu yang huru hara like lagu rock atau lagu rancak di belog anda,ini akan menyebabkan pembaca berasa rimas untuk membaca belog anda lalu menyebabkan pembaca terus keluar dari belog anda tanpa menghabiskan apa yang dibaca di entry anda.jika anda ingin meletakkan lagu,letaklah lagu berunsur "instrumental".pembaca akan berasa tenang untuk membaca belog anda.
  • Saya galakkan anda "Bold" part yang menarik bagi anda,ini kerana jika pembaca melihat belog anda dengan sekali pandang tanpa membacanya,part menarik yang telah anda "bold" itu mungkin dapat menarik mata si pembaca untuk membaca entry anda kerana ianya senang dilihat.Tetapi jangan terlalu berlebihan,kemungkinan belog anda akan kelihatan serabot.
  • Penggunaan "bullet list" didalam penulisan belog amat digalakkan,belog anda akan tampak lebih kemas.tidak tahu ape itu "bullet list?",bullet list tu macam point2 la.
  • Jika anda ingin menaikkan traffic anda,didalam setiap entry tulis lah name2 yang orang selalu search kat google seperti nama2 yang terkenal macam nama2 artis,apabila orang search name yang "terkenal" itu di google,kemungkinan tajuk entry yang anda tulis juga akan tersenarai?siapa tahu.


Thanks for reading :)




Older Post . Newer Post


// yOu ♥